Wednesday, June 20, 2012

Langsir Baru

Assalamualaykum WBT .

Ketika di surau :

Esah : eh, langsir baru haritu macam mana? dah hantar kedai ke ?
Ecah : Udah lee. tapi takde nak tambah pape pun. jahit biasa je. sebab kain langsir tu pun dah cantik. tak yah nak tambah pape dah.
Esah : Untuk raya la ni
Ecah : ye la . nak kena cepat hantar, nanti cepat dapat.


Mungkin ini yang sedang hangat dibincangkan oleh orang rumah sekalian, persiapan untuk raya. Amboi. Puasa pun belum lagi. Haha. Lebih kurang saya jugak la ye. Baju raya dah hantar jahit dah bulan lepas. HAA. ni lagi advance ni! hehe. Raya, raya juga cik kak oi, puasa nya dah habis ganti ke? ramadhan nak datang ni, dah prepare ke ? *dush untuk diri sendiri. Sejauh mana persiapan kita nak masuk madrasah ramadhan tahun ni ?

Sudah menjadi kebiasaan kita, persiapan raya datang dulu baru persiapan nak menyambut ramadhan. Tapi, kita semua tau, yang Ramadhan itu banyak lagi manfaatnya.

Madrasah Ramadhan tahun ini, adakah akan menjadi satu titik permulaan ke arah kebaikkan buat kita? Lebih baik dari tahun lepas? tiada beza? atau tahun lepas lebih baik dari tahun ini? Kita yang tentukan semua itu. Apa yang akan kita belajar dan apa yang akan kita kejar dalam madrasah ramadhan tahun ini? Apa kejayaan yang kita ingin dapat setelah tamatnya madrasah ramadhan kali ini ? Kita yang tentukan sejauh mana usaha kita.

Yang pentingnya, biarlah ramadhan kali ini, lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. Barulah ada peningkatan. tak gitu sahabat sekalin? Setiap yang kita lakukan, mesti nak ada peningkatan kan. Sedikit pun takpe. Yang peting, peningkatan/perubahan itu, kekal dan istiqamah. Itulah yang terbaik :) Perubahan itu kekal walaupun kita sudah keluar dari madrasah ramadhan itu sendiri.

“ Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”
(Hadis Riwayat Al –Bukhari dan Muslim)

akhir kata, meh kita try ni ;D

cr: as shown

Lets warming up for Ramadhan ! 

                       


Tuesday, June 19, 2012

Mencari Semangat

Assalamualaykum wbt semua :)

lama rasanya tak bercerita merapu kat sini . quite busy and i dont really give my self time to have fun . HAHA*apa yg busy nya pun tak tau -.-'*
new interphase isnt't it ? hehe . just want to try out something new . s i m p l e . and nice looking. to be true, I don't think i can't manage my blog very well if I still using the old template because I need to edit all those dizzy looking HTML coding and i don't think I will have enough time to playing with photoshop anymoreeee :( . So, to make things easier, I revert to new template and this is it ! new look :) hehe but still looking for sometime to make the banner ;D

OKAY , next :

amboii . ada next next pulak kan. currently, I'm in my fifth week of GastroIntestinalTract (GIT) module and yes, it is tougher than i thought. woowoowow T^T .

AND ,

I have new addiction. Addiction towards kids XD . takde la kids sangat. cuma tak tau kenapa, setiap kali lihat muka muka suci kanak kanak ni, satu semangat yang muncul. Basically, diri ini berada dalam state yang agak kurang stabil. saya kadang kadang mood swing. Allah. Rasaa semua tak kena. Dan rasa nya dah jumpa penawar bila jadi macam ni . ecehh ^^ . carilah kanak kanak dan bermesra lah dengan diorang . Jujur, sangat tenang . :')

banyak yang saya belajar dari kanak-kanak ni. Tak sangka macam ni teruknya effect rindu. hehe. Melihat diorang ketawa membuat saya berfikir seketika. dalam juga fikirnya . banyak dan sebenarnya sempat bermuhasabah diri. Asal rasa hilang semangat je, mesti tengok gambar gambar diorang. Allah :')

AND,

HAHA, ada lagi . and bila rasa takde semnagat, mesti nak melawat Kalam Puncak . :') dah 3 tahun kan arwah ammar zulkifli pergi. kalau arwah ada sekarang, mesti tengah bersedia nak final exam untuk jadi doctor. Salah satu semangat yang saya InshaAllah bawa sampai hari ini: semangat mujahid yang ada pada arwah ammar. zuhud orang nya. Bila pemergiannya dikhabarkan 3 tahun lalu, saya berada di kampung dan sangat terkesan. masa menziarahi makcik Siti iaitu ummi kepada arwah ammar, teramatlah terkesan melihat air mata seorang ummi. Mana tak nya, keluarga kami dan keluarga makcik siti memang dah kenal lama. membesar sekali dulu dulu. Ammar tu ganas orangnya. sampai jatuh pecah TV kat rumah. Pemergian arwah sangat terkesan oleh ramai sahabat sahabat beliau. Mula dari MATRI, Darul Quran hingga lah ke Cairo. Semua datang semasa hari pengkebumian arwah. Buat pertama kalinya, aku rasa Kepala Batas sesak dengan orang ramai selain Pak Lah balik KB. MashaAllah. ramai mencecah ribuan. Hebatnya arwah. Arwah meninggal di Kaherah/Cairo 11 Jun , 3 tahun lepas selepas mengalami kemalangan di sana dan ketika itu, arwah sedang berada di tahun ketiga dalam bidang perubatan. Kesan pemergian arwah, masih saya rasa sampai hari ini , saat ini .
Kata seorang hamba Allah yang saya jumpa ni :
" Allah akan ambil awal hamba hambaNya yang beriman. Ini salah satu tanda kiamat" .
 Moga arwah salah seorang mujahid yang Allah SWT kasihi.
Makcik Siti pernah cerita kat kitorang, salah satu impian arwah adalah nak kahwin awal. MashaAllah. Allah bagi kat dia bidadari syurga dengan mengambil hamba kesayanganNya di awal usia. Pemergian arwah di awal usia nya sangat membuka mata saya sendiri. Dan kata kata yang selalu arwah ungkapkan :

“Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat.”

Al-Fatihah .

Moga kita juga mempunyai jiwa yang hangat cintanya mencari akhirat . InshaAllah

Wassalam

Sunday, June 3, 2012

Perempuan Itu




“Perempuan itu..
Perempuan itu yg kau lihat sedang tersenyum gembira di samping kawannya,
Perempuan itu yg sentiasa mjaga maruah keluarganya,
perempuan itu yg tidak pernah keluar dengan lelaki bukan mahramnya,
perempuan itu yg tidak pernah kenal erti cinta yg bukan halal baginya,
Perempuan itu yg sentiasa menangis mengenangkan dosa2 nya..
Tetapi disebalik perempuan itu..
hanya Dia dan Tuhan sahaja yang tahu mengapa dia berperwatakan sebegitu :)”

-Dialah Perempuan Itu (via cococoda


Assalamualaykum wbt :)


dah baca opening yang ada kat atas tu ? at first , i was like Astaghfirullah :'(
ye lah . jauhnya rasa jika nak dibanding kan . jauhnya beza. jauhnya aku menyimpang :(
cuba cross yang mana kita pernah buat. bagi saya, biarlah saya saja yang tahu. tapi sangat terkesan dalam hati ni. setakat mana kita sedar hakikat ni ?

ya Allah, kau permudahakan lah segala urusan ku. berikanlah aku kekuatan untuk istiqamah dalam jalan perjuangan mu :')


akhir kata,

orang yang baik tak semestinya akan sentiasa baik hingga hujungnya dan orang yang jahat, tidak semestinya tidak boleh jadi baik . kita yang pilih semua tu . It is never too late to change if you take the first step now . NOW


InshaAllah, moga Jannah milik yang maha Penyayang itu milik kita bersama ;")